MALAM tidak upaya
membunuh cintanya
pada cakerawala
kerana begitulah janji matahari
memberi sinar pada bumi
agar lestari
suci dan bersemi
matahari telah berjanji
pada alam pada bumi
pada insan yang memahami
cahayanya adalah cinta
ditebar menjadi jaring
memintal rasa
membibit jiwa
didera gelita
janji matahari pada diri
esok kembali menjadi nadi
sebuah realiti di batas mimpi
jangan ada curiga
dilubuk hati
cinta matahari seindah janji
janji pada Ilahi.
4 November 2008
01 December 2008
JANJI MATAHARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


15 comments:
Salam & Welcome Home...semuga segalanya telah berjalan lancar:))
TK CT. Sampai ke rumah Hari Isnin 8.40 malam. Majlis berjalan lancar. Saya dah dah dapat menantu ketiga. Rasanya masa berjalan terlalu cepat.
....cinta matahari seindah janji
janji pada Ilahi.....
indah bait-bait puisi tu.... Tahiah buat tuan.
bapak pharo, terlalu sukakan puisi ini, ia benar2 memberi tafsiran yang lain dalam diri. teruskan menulis dan menulis. agak lamak x jumpa ya. salam
TK Sakura. Maaf belum sempat memiliki bingkai waktu. Akan segera dihantar pada Sakura dan teman-teman bila berada di tangan nanti.
TK Nak Dahiri. Orang dah pencen nak buat apa lagi, menulis sahaja untuk menghabiskan usia. Semoga tulisan kita dapat memberi kebahagian pada hati manusia.
Salam abang,
Terima kasih atas undangan abang...sayang sekali CT tak boleh terus terbang:)) Semuga everything turn out well...Amien!
Kata orang, bila bulan penuh ia bisa mengubah sikap seseorang menjadi lebih ganas. Tetapi matahari, bila ia ditelan malam dan paginya ia muncul terang berderang; kata orang itulah hari bahagia kita.
Selamat Menyambut Aidil Adha juga buat tuan
CT,
TK atas doa teman. saya mengamienkannya.
Sdr Hipani sahabatku,
Semoga kita sama-sama menemui pagi yang bahagia.
Sakura,
Semoga Adil Adha kali ini membawa keberkatan dan ketabahan buat kita bersama.
Hati orang seni memang suka puisi,sajak and gurindam
Salam!
Apabila merajuk air di ruang, kerana tapak kaki memijaknya
Merajuk lagi air di ruang kerana orang klasik memijaknya
Kaki klasik tidak pernah hening kerana debu berkaki ayam
Bertempik Si Tuah dengan kerisnya, rupanya kris di kaki ayam
Menjadi betina si ayam jantan, kerana kris di curi masa
Salam Pak Karamu,
Terima kasih keran singgah di balkoni puisi.
Begitu mendalam sekali puisi yang ditulis Pak Karamu. Saya tertarik pada bait berikut:
"Bertempik Si Tuah dengan kerisnya, rupanya kris di kaki ayam
Menjadi betina si ayam jantan, kerana kris di curi masa"
Post a Comment